Friday, January 27, 2012

Jangan cepat mengeluh

Setiap orang....
Akan ada sesuatu yang cuba dirahsiakan..
ada sesuatu yang ingin disembunyikan..
dan ada sesuatu yang ingin dikongsikan.

Sehappy mana pun dia
Sekerap mana pun korang tengok dia senyum
Pasti ada sesetengah perkara yang membuat hatinya terluka
Pasti ada sesetengah perkara yang mengguris hatinya tanpa kita sedari
Pasti ada yang membuat hatinya menangis
Tipu kalau tiada..ianya pasti ada..
kerana dia juga manusia dan kita x boleh elak dari kenyataan itu

makanya,
apabila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa..
hanya kamu yang disakiti
hanya kamu yang melalui
hanya kamu yang mengerti
kamu silap dan kamu salah...

Ada orang yang pernah melaluinya..
bahkan mungkin lagi teruk daripada yang kamu bayangkan dan yang kamu lalui
dan lebih teruk daripada apa yang kamu rasakan.
Ada..percayalah
cuma,mungkin kamu yang x pernah nampak
x pernah tahu
jangan hanya menganggap
bahawa kamulah yang paling sakit,paling banyak diuji,paling berat diduga.

Percayalah bahawa ada insan lain yang lebih teruk diuji,lebih besar ujiannya,lebih sakit penderitaannya.
Sudahlah kesat air mata mu
sandarlah harapanmu kepadanya nescaya Dia x pernah mempersia-siakannya..
yakinlah bahawa Dia selalu ada bersamamu..

p/s:renung-renungkanlah.....supaya kamu lebih tenang

No comments:

Post a Comment